Korban Terbaru Serangan Regim Zionis Di Gaza Cecah 200

GAZA CITY: Serangan udara terbaharu tentera Israel di Gaza awal hari ini mengorbankan tiga orang sekali gus angka korban kini mencecah kepada 200 orang.

Serangan di sebuah rumah di Rafah, di selatan Gaza itu meragut dua nyawa manakala korban ketiga membabitkan seorang remaja lelaki dalam satu serbuan askar Israel selepas bedilan itu.

Angka korban tersebut turut mengatasi jumlah yang terbunuh dalam konflik pada 2012.

Lewat malam tadi, lima rakyat Palestin terbunuh dalam dua serangan udara berasingan.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra, berkata serangan berkenaan membunuh tiga orang di Rafah, termasuk kanak-kanak kecil, dan dua lagi di Khan Yunis.

Pegawai PBB menyatakan lebih daripada suku mereka yang terbunuh di Gaza akibat serangan udara Israel sejak seminggu lalu adalah kanak-kanak.

Secara keseluruhannya, 16 orang terbunuh semalam manakala bilangan mereka yang cedera meningkat kepada 1,280 orang.

Angka korban itu mengatasi 177 yang terbunuh pada konflik lalu pada November 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.