Khalid Bertegas, Akan Teruskan Jawatan MB Hingga Akhir Penggal

Shah Alam – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertegas tidak akan berundur daripada kedudukannya walaupun menerima tekanan hebat daripada Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau hanya akan berundur selepas habis penggal Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Saya dah nyatakan yang akan kekal hingga habis penggal.

“Sebagaimana yang saya janjikan, saya ambil tanggungjawab ini untuk tadbir Selangor sampai PRU akan datang,” katanya pada sidang media di Shah Alam, hari ini.

“Ini bulan Ramadhan. Saya dah nyatakan dulu yang saya mahu kekal sampai tamat penggal saya sepertimana saya janjikan kepada rakyat Selangor.

“Saya telah mengangkat sumpah untuk menguruskan negeri ini sehingga pilihan raya akan datang,” kata beliau dalam sidang media selepas mesyuarat exco Selangor hari ini.

Katanya lagi, beliau tidak gusar dengan tekanan ke atasnya agar berundur dari jawatan tersebut.

“Saya dah biasa dengan tekanan ini,” kata beliau ketika ditanya lanjut mengenai kritikan yang timbul ke atas pentadbirannya, termasuk dari rakan sekutu dan pemimpin partinya sendiri.

Malah, ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengakui bahawa parti itu sedang meneliti isu berhubung kedudukan Khalid sebagai menteri besar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.