Jurulatih Juventus Letak Jawatan

ROME: Jurulatih Juventus, Antonio Conte mengumumkan peletakan jawatannya di kelab itu awal pagi Rabu.

Menerusi video yang dipaparkan di laman web kelab gergasi Itali itu, Conte menyatakan keputusannya untuk menamatkan kontrak bersama Juventus.

“Saya sudah matang dan apa yang saya rasa membawa kepada keputusan ini.

“Pasti sukar untuk terus mencatat kemenangan bersama Juventus,” kata Conte.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang banyak menyokongnya sebagai pemain dan jurulatih.


“Saya akan sentiasa bersama kamu. Saya mahu katakan perjalanan yang kita lalui beberapa tahun ini bersejarah,” katanya.

Conte, berjaya menjulang Juventus sebagai juara Serie A tiga kali berturut-turut musim lalu.

Kejayaan Juventus pada kali terakhir dicapai pada era 1930-an.

Bekas pengurus Manchester City, Roberto Mancini, yang baru-baru ini dilepaskan kelab Turki, Galatasaray dan bekas pengurus AC Milan, Massimiliano Allegri kini dikaitkan dengan Juventus.

http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2014/07/16/jurulatih-juventus-letak-jawatan/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.