Junta Tentera Thai Anjur Majlis Berbuka Puasa

BANGKOK, 15 Julai (Bernama) — Majlis Kebangsaan bagi Keamanan dan Ketenteraman Thailand (NCPO) hari ini mengadakan majlis Iftar (berbuka puasa) sebagai melahirkan semangat muhibah dan persahabatan kepada masyarakat Islam di seluruh negara di Rumah Kerajaan di sini.

Jeneral Prayuth Chan-ocha, Ketua NCPO menugaskan Jen.Pol. Adul Sangsingkaew, Timbalan Ketua NCPO menjadi hos di majlis tahunan itu yang dihadiri oleh ketua masyarakat Islam di Thailand Asis Pitakkumpol, duta-duta besar dan perwakilan diplomatik negara-negara Islam ke Thailand.

Turut hadir anggota jawatankuasa Majlis Islam Pusat Thailand, wakil-wakil pertubuhan Islam, para ulama dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

— BERNAMA

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.