Gaza: 193 Maut Sejak Kegagalan Gencatan Senjata

GAZA 16 Julai – Serangan terbaharu yang dilakukan rejim Zionis di Gaza telah mengorbankan seorang lelaki berusia 77 tahun, kata anggota perubatan, kematian yang pertama sejak perjanjian gencatan senjata anjuran Mesir dicabuli.

Kematian itu berlaku di selatan Khan Yunis, sekali gus meningkatkan jumlah kematian membabitkan rakyat Palestin sejak lapan hari peperangan berlaku kepada 193 orang, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan Palestin, Ashraf al-Qudra.

Israel meneruskan serangan selepas Hamas enggan menerima pelan gencatan anjuran Mesir itu dengan terus melancarkan roket menyeberangi sempadan. Hamas menolak gencatan senjata dan sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam mengaku melakukan lapan serangan rokat di bandar pelabuhan selatan Ashdod. – Agensi

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.