Digi Tawar Bayar Kos Baiki Kereta ‘Uncle’

Kuala Lumpur – Syarikat telekomunikasi Digi membuat tawaran membayar kerosakan kereta ‘uncle’ dan wanita yang marah-marah sambil memegang pengunci stereng selepas lelaki itu dengan tidak sengaja melanggar kereta wanita berkenaan.

Tawaran itu dibuat di Facebook syarikat komunikasi itu dengan satu mesej ringkas:

“Keadaan mungkin tidak terkawal tapi kita lihat kesabaran ‘uncle’ menunjukkan nilai empati sebenar.

“Uncle, sekiranya anda membaca mesej ini, beritahu kami dengan menulis komen di bawah. Kami akan membayar kos pembaikan kereta anda dengan senang hati.

“Dan untuk anda yang marah-marah, kami tahu situasi itu agak sukar tetapi sekiranya jauh di sudut hati, anda dapat memaafkan, kami pun akan menampung kos pembaikan kereta anda.”

Status berkenaan disertakan dengan gambar kemalangan kecil itu.

Semalam, video seorang wanita yang marah-marah dan menjerit ke arah seorang lelaki tua sambil memegang kunci stereng disiarkan di laman Facebook dan mengundang kemarahan orang ramai.

Tawaran Digi mendapat respons baik di Facebook dan dilihat sebagai penyebaran perasaan muhibah di kalangan rakyat Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.