China Temui Tanda Minyak Di Kepulauan Spratly

Beijing – Syarikat National Petroleum Corp milik China menemui tanda-tanda penemuan minyak dan gas di perairan dekat Vietnam, menambahkan lagi ketegangan perebutan kawasan di Laut China Selatan.

Penghantaran mesin penggerudi laut dalam “Cnooc 981” bernilai AS$1 bilion (RM3.19 bilion) Mei lalu di perairan terletak 17 batu nautika dari Pulau Triton, kepulauan yang dikawal China menyebabkan pertembungan antara kapal China dan Vietnam dan provokasi rusuhan antiChina di Vietnam.

Konfrontasi tiga bulan yang melibatkan berpuluh-puluh kapal dari kedua-dua negara merupakan ketegangan terbaru di mana China meningkatkan lagi tuntutan terhadap hampir semua kawasan Laut China Selatan yang turut dituntut oleh negara jiran.

Dakwaan penemuan itu akan membenarkan China mengurangkan pengeluaran gas secara strategik dalam pada ketegangan hubungan antara dua negara itu memuncak dan kendur.

Ia turut menggunakan strategi yang serupa dengan Jepun yang turut membuat tuntutan ke atas kawasan di Laut China Selatan.

Penemuan China itu selepas tiga tahun ExxonMobil menemui minyak dan gas pada 2011 dan 2012 di blok berdekatan, lebih dekat dengan perairan Vietnam. Kawasan itu juga berada di bawah tuntutan China.

Waktu itu China memberi amaran kepada syarikat asing daripada mencari minyak dan gas di kawasan itu, tanpa menamakan ExxonMobil.

Syarikat itu akan menilai keputusan penggerudian itu dan membuat keputusan, katanya dalam satu kenyataan di laman web mereka.

Sebelum itu, China hanya melakukan eksplorasi seismik di kawasan itu.

Pengendali pelantar China Oilfield Services Ltd, satu unit di bawah National Offshore Oil Corp China berkta program menggerudi yang bermula Mei lalu akan diteruskan hingga Ogos.

Sementara itu musim taufan bermula lewat bulan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.