- Advertisement -
KUALA LUMPUR – Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dijadual bakal menjalani prosedur rawatan esok.
Berkongsi perkara itu anaknya Khalil Abdul Hadi sekali gus memohon didoakan kesembuhan buat bapanya,
“Insya-Allah Ayahanda Tuan Guru akan menjalani suatu prosedur rawatan pada esok hari, 17 Jun 2025.
“Justeru saya mewakili pihak keluarga memohon agar didoakan kesihatan dan kesembuhan buat Ayahanda Tuan Guru,” ujar beliau tanpa memperincikan maklumat rawatan yang bakal dijalani Ahli Parlimen Marang itu.
Sementara itu Setiausaha Politik Presiden Pas itu, Syahir Sulaiman memohon agar orang ramai berdoa di samping melakukan Solat Hajat mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan Hadi.