Kongres Ekonomi Melayu Ganti DEB – Dr Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno akan menjelajah ke seluruh negara untuk mengumpulkan permasalahan sebenar orang-orang Melayu bagi menjayakan Kongres Ekonomi Melayu.

Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh berkata, dapatan-dapatan masalah yang dikutip daripada
pelbagai golongan itu dibentang dan dirujuk kepada kumpulan cendekiawan untuk mencari solusi terbaik.

“Insyallah kita akan menjelajah ke seluruh negara untuk mengumpulkan permasalahan sebenar orang-orang Melayu daripada pelbagai golongan dan kita akan kumpulkan cendekiawan Melayu untuk duduk dan berbincang mengenai masalah tersebut.

“Kemudian kita akan sama-sama sediakan blueprint untuk dijadikan rujukan pembangunan masa depan orang Melayu daripada pelbagai aspek ekonomi,pendidikan,sosial dan lain-lain lagi,” kata Dr Akmal dalam kenyataan pada Jumaat.

Tegas beliau, ini masanya untuk kurangkan berpolitik dan fokus membantu rakyat.

Menurut beliau lagi, tugas pemimpin adalah membina masa depan yang menguntungkan untuk rakyat.

“Bukan menggunakan rakyat untuk menguntungkan diri sendiri

“Selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) ,tiada lagi blueprint untuk orang- orang Melayu,” ujar beliau.

Untuk rekod, Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah polisi inklusif yang pertama diwujudkan dengan matlamat membasmi kemiskinan, progresif, dinamik dan selaras dengan hak asasi manusia.

Kongres Ekonomi Melayu yang bakal dianjurkan oleh sayap Pemuda dan Puteri Umno akan mengemukakan resolusi dan pelan ekonomi kepada Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan untuk dipertimbang dan dilaksanakan.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kongres Ekonomi Melayu yang bakal diadakan ini menghimpun isu-isu berkaitan ekonomi orang Melayu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat