Wanita Meminati Pelangi JAdikan Rumahnya `fantasi ’

SEORANG wanita yang meminati pelangi telah menjadikan rumahnya sebagai `fantasi ’ dan berjaya menarik perhatian ramai yang meminati cara dia menghias kediamannya itu.

Amina Mucciolo yang berasal dari California, hidup dalam warna warni dari baju hinggalah kepada makanan.

Dan pada musim luruh lalu, Amina, 34, telah menghias pangsapuri yang diduduki bersama suaminya, Salvatore, dengan begitu kreatif dan berjaya menukar kediaman seluas 650 kaki persegi itu kepada alam fantasi.

“Adalah penting bagi saya untuk hidup di rumah yang menjadi refleksi kepada personaliti saya dan suami,’’ katanya yang berpindah ke rumah itu setahun lalu.

Disebabkan itu, dia menjadikan perabot dan warna cat di rumahnya berwarna-warni.

“Saya tahu saya mahukan elemen pelangi dalam rumah saya,’’ katanya yang mengambil masa dua hari untuk menukar kediamannya itu menjadi alam fantasi.

Disebabkan itu, rumah Amina kini menjadi tumpuan netizen di media sosial. –

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.