Syafie Naswip Anggap Memasak Terapi ‘Stress’

Pelakon Syafie Naswip akui memasak boleh memberikan terapi kepada stress atau tekanan.

Menurutnya, dia turut menjadikan perkara itu sebagai satu hobi.
 
Menurutnya dia mula juadah pertamanya memasak sejak berumur 14 tahun iaitu rendang ayam.
 
“Sebenarnya sejak kecil saya dipaksa ibu untuk memasak, itu yang membuatkan saya dah terbiasa untuk ke dapur.
 
“Sekarang nak kata hebat memasak tu tidaklah, tapi kira bolehlah untuk menjamu tetamu yang hadir beraya nanti.
 
“Bagi saya setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menghilangkan ‘stress’ dan cara saya adalah dengan memasak.
 
“Memasak bagaikan satu terapi untuk saya dan rasa puas hati bila berjaya memasak juadah dengan air tangan sendiri.
 
“Saya pula jenis yang suka makan, jadi bolehlah saya cuba memasak pelbagai jenis makanan dengan cara yang sihat,” katanya, seperti memetik Astro Gempak.
 
Dalam perkembangan lain, Syafie mengurangkan aktiviti seni sepanjang bulan Ramadan bagi mengikuti bengkel lakonan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.