Sejam Duduk Dalam Sungai Elak Ditahan Sebab Ponteng Puasa

Kodiang – Seorang lelaki berendam dalam sungai hampir sejam bagi mengelakkan ditahan penguatkuasa jabatan agama berikutan ponteng puasa.

Lelaki berusia 56 tahun itu sedang makan di bawah jejantas stesen kereta api di sini, ketika diserbu jam 11 pagi semalam, lapor Metro.

Pegawai agama daerah Kubang Pasu, Syeikh Abdul Razi Mutalib berkata lelaki itu melarikan diri ke sawah sebelum dipujuk hampir 45 minit dan ditahan.

“Tetapi dia berjaya melarikan diri sekali lagi dan berani terjun ke dalam sungai untuk mengelak daripada ditahan,” katanya.

Sehubungan itu menurutnya, biarpun hampir sejam memujuk dengan bantuan polis, lelaki itu enggan menyerah diri, lalu dibiarkan tanpa tangkapan.

“Kita hanya menahan penjual makanan berusia 50 tahun kerana menjual makanan kepada umat Islam yang tidak berpuasa,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah kerana menjual makanan kepada orang Islam yang tidak berpuasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.