Saya Akan Terus Sebar Maklumat – Zara Zya

KUALA LUMPUR – Pelakon popular Zara Zya menegaskan bahawa beliau tidak akan berhenti menyebar maklumat.

Hal ini ekoran daripada tindakan beberapa pihak mengecam video pendek berkenaan beliau menyampaikan isu mati pucuk dan kanser prostat.

Menurut pelakon berusi 32 tahun, segelintir masyarakat mempunyai sifat malu tidak bertempat khususnya berkenaan isu kesihatan.

 

“Saya pun pelik apabila ada yang lebih suka tengok video artis terkinja-kinja berbanding menyalurkan maklumat untuk manfaat bersama. Apakah hanya disebabkan saya perempuan? Adakah penyakit lelaki tidak boleh dibicarakan oleh golongan hawa?

“Bagi saya, tiada salahnya berkongsi perkara baik, lagi pun kempen kesihatan ini berbayar. Selagi ia memberi kebaikan, saya tiada masalah untuk menyebarkan perkara bermanfaat.

“Kalau pun bukan untuk (kesedaran) orang sekeliling, siapa tahu di luar sana ada yang berhadapan masalah terbabit, tetapi malu berjumpa doktor,” katanya ketika ditemui mediapada program Komuniti UiTM Holdings, di Anjung Singgah, di sini semalam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.