Saman Sivil DoJ Tiada Bukti Kukuh Untuk Dikaitkan Dengan 1MDB

SHAH ALAM – Tiada bukti jelas, itu kenyataan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap dokumen terbaru yang difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) untuk merampas aset bernilai RM2.3 bilion yang didakwa dilarikan.

Terdahulu Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Pejabat Perdana Menteri menyifatkan dokumen terbaru itu sebagai ulangan tanpa bukti kukuh.

“1MDB mengambil maklum yang permohonan sivil itu tidak mempunyai lampiran yang menyatakan bukti bertulis dan kenyataan saksi untuk menyokong dakwaan DoJ,” demikian memetik kenyataan 1MDB, hari ini.

DoJ pada semalam memfailkan dokumen lebih dari 200 mukasurat tu sebuah mahkamah di California sebagai usaha merampas aset dan hartanah mewah yang didakwa dibeli menggunakan wang yang dilarikan 1MDB.

Tahun lalu DoJ mengumumkan hasil siasatannya dengan mendakwa berlaku kecurian lebih dari RM19 bilion dalam 1MDB yang juga melibatkan pegawai atasan dan sekutu mereka.

Dalam pada itu 1MDB bertegas tidak ada kaitan dengan permohonan AS, selain tidak menerima sebarang panggilan daripada DoJ.

Syarikat milik Kementerian Kewangan itu bagaimanapun menyatakan kesediaannya memberi kesediaan kerjasama “dengan mana-mana pihak berkuasa luar negara, berdasarkan protokol antarabangsa mengenai perkara itu dan nasihat pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.” – AntaraPos

 

Kenyataan media oleh 1Malaysia Development Berhad

Disiarkan pada 16 Jun 2017
Untuk terbitan segera

Tindakan undang-undang Jabatan Kehakiman AS

1MDB maklum kandungan tuntutan mahkamah sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman (“DOJ”) Amerika Syarikat kepada aset-aset tertentu.

1MDB menekankan bahawa ia bukan satu pihak dalam saman sivil itu dan juga tidak dihubungi oleh DOJ berhubung dengan perkara ini.

1MDB maklum bahawa tuntutan mahkamah sivil ini tidak mengandungi sebarang lampiran dengan bukti dokumentari atau kenyataan saksi untuk menyokong dakwaan yang dibuat oleh DOJ.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, 1MDB akan bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana kuasa asing yang sah, tertakluk kepada protokol antarabangsa yang mengawal perkara-perkara seperti itu dan nasihat daripada pihak berkuasa dalam negeri yang sah yang berkaitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.