Rumah Penginapan Di Tengah Lava Gunung Berapi

HAWAII, Amerika Syarikat – Sebuah rumah penginapan yang dibina di tengah-tengah kawasan gunung berapi paling aktif di dunia kini boleh disewa pada harga AS$124 (RM530) untuk semalam.

Menurut Agensi, rumah Phoenix itu terletak 6.4 kilometer dari gunung berapi Mauna Loa dekat sini yang pernah meletus pada tahun 1984.

Sehubungan itu, rumah dua tingkat itu dilengkapi sebuah bilik tidur, ruang tamu, bilik mandi selain sebuah dapur.

Ia bakal menjanjikan pengalaman luar biasa kepada tetamu dengan merasai sendiri suasana menginap di tapak gunung berapi.

“Rumah sewa ini dikelilingi dengan kesan limpahan lahar hitam. Ia menawarkan pemandangan semula jadi selain para pengunjung berpeluang menghidu kepulan asap yang keluar dari tanah,” menurut iklan yang menjelaskan mengenai rumah unik itu, lapor Kosmo.

Pereka rumah pokok, Will Beilharz yang mereka rumah berkeluasan 41.8 meter persegi itu berkata, dia membina rumah berkenaan secara berhati-hati bagi menghormati ‘ibu’ Bumi itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.