Ratu Elizabeth, Putera William Lawat Mangsa Kebakaran

LONDON- Ratu Elizabeth dan cucunya, Putera William, hari ini mengunjungi penduduk, sukarelawan dan perkhidmatan kecemasan di pusat bantuan yang menempatkan mangsa kebakaran Menara Grenfell dua hari lalu.

Menurut Reuters, Putera William berjanji untuk kembali melawat mangsa bagi mendengar rintihan dan kebimbangan penduduk terbabit.

Ratu Elizabeth menemui orang awam ketika dalam perjalanan ke Pusat Sukan Westway yang dijadikan pusat penempatan mangsa selepas kebakaran pangsapuri setinggi 24 tingkat itu mengorbankan sekurang-kurangnya 30 penghuni, lapor BH.

Kira-kira 40 penduduk turut merayu bantuan daripada keluarga diraja itu ketika baginda berdua hendak meninggal pusat penempatan sementara itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.