Penjinak Buaya Hampir Maut Dalam Aksi ‘Berani Mati’

SEORANG penjinak buaya di sebuah zoo di Ko Samui, Thailand, hampir maut dibaham buaya ketika membuat pertunjukan ‘berani mati’.

Menurut Agensi, dia yang memasukkan kepalanya ke dalam mulut reptilia itu tiba-tiba sahaja terus ‘membaham’ kepalanya sebelum menghayunkan ke kiri dan kanan.

Kejadian pada Ahad itu, berlaku ketika pekerja zoo terbabit membuat persembahan untuk sekumpulan penonton.

Menurut Mirror, dalam rakaman video kejadian itu, lelaki berkenaan melutut sebelum memasukkan kepalanya ke dalam mulut buaya yang ternganga luas.

Selama beberapa saat persembahan rutin itu itu berjalan lancar, namun buaya berkenaan tiba-tiba menutup mulut, ‘mengepit’ kepala lelaki berkenaan dan menghayunkannnya ke kiri dan kanan sebelum kepala mangsa terlepas daripada mulut haiwan itu, lapor Metro.

Sehubungan itu, lelaki tersebut kedengaran menjerit kuat dan terduduk di lantai manakala buaya berkenaan berjalan masuk ke dalam kolam.

Dalam pada itu, menurut keterangan pada video yang dimuat naik itu, sebelum persembahan, lelaki terbabit menunjukkan kecederaan lampaunya akibat buaya, termasuk kehilangan satu jari kepada penonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.