Pemandu Grab Maki Pelancong Diambil Tindakan


KUALA LUMPUR – Susulan daripada tindakan seorang pemandu Grab merakam video beliau  memaki pelancong yang menggunakan perkhidmatannya dan memuatnaik video tersebut di laman sosial, satu tindakan telah diambil.

Menerusi satu komen yang dimuat naik oleh akaun Twitter milik Grab Malaysia, mereka berkata mereka sudah mengambil tindakan terhadap pemandu terbabit.

“Terima kasih di atas perkongsian berita tersebut, suka cita kami maklumkan bahawa kami telah mengambil tindakan yang bersesuaian bagi kes ini,” tulis mereka.

Terdahulu,  Satu video menjadi tular apabila memperlihatkan satu rakaman video berdurasi 1 min 15 saat yang melibatkan seorang pemandu Grab memaki dua orang pelancong yang dikatakan berasal dari China.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.