Netizen Kritik Nia Ramadhani Gara-gara Baju Terlalu Singkat

Penampilan keluarga artis Nia Ramadhani kembali menjadi bualan netizen gara-gara baju yang dipakai oleh Nia ketika bergambar bersama suami, Ardi Bakrie dan anak-anaknya.

Dalam foto yang dimuatnaik dalam Instagramnya, Nia sedang memegang bayinya, Magika manakala suaminya pula mendukung seorang lagi anak mereka manakala anak sulung berdiri di depan mereka.

Nia juga kelihatan cantik umpama patung Barbie namun bukan itu yang menjadi perhatian sebaliknya baju yang dipakainya yang terlalu singkat hinggakan netizen menganggap Nia terlupa untuk memakai seluar.

Ia berbeza dengan penampilan Ardi yang kelihatan kemas dengan baju putih dan seluar panjang. Keadaan ini menjadikan Nia sebagai sasaran netizen yang menegurnya kerana penampilan yang seksi itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.