Khalid Bersara Wajib September Ini

KUALA LUMPUR – “Ya saya bersara wajib bulan September ini, saya cukup 60 tahun,” katanya Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau dijadual bersara wajib pada September ini.

Khalid mula menyertai pasukan polis sebagai inspektor di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur pada 5 Dis 1976 dan mula memegang jawatan Ketua Polis Negara pada 17 Mei 2013, lapor ProjekMMO.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas dakwaan Sarawak Report yang mengaitkan hubungan beliau dan beberapa pegawai tertinggi PDRM dengan Gopinathan Krishnan atau Gopi, suspek kes melindungi pusat judi haram di Melaka, Khalid sekali lagi menegaskan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi ruang menyiasat perkara itu dan polis tidak akan campur tangan.

“Sarawak Report ini sengaja hendak memburuk-burukkan saya dan organisasi saya. Kita dah tahu kes itu sedang disiasat SPRM, biarlah SPRM siasat, kalau ada perkara-perkara atau kesalahan yang dilakukan oleh sesiapa, sama ada Gopi ataupun pegawai saya, tindakan akan diambil.

“Tak payah la Sarawak Report nak tambah semangkuk (campur tangan) pula, biarlah SPRM menjalankan siasatan dan tunggu laporan mereka,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.