Kecoh Ada Buah Berbentuk Wanita Gantung Diri

Heboh di Thailand mengenai sebatang pokok yang dikatakan mengeluarkan buah berbentuk wanita gantung diri. Keadaan ini menyebabkan ramai orang berasa bingung.

Dipetik dari wereblog, ia menunjukkan gambar pokok berkenaan yang disebut sebagai Nariphon. Buahnya berbentuk tubuh wanita dengan kepalanya melekat pada tangkai pokok. Namun setakat mana kesahihannya tidak diketahui.

Khabar angin menyatakan pokok Nariphon itu boleh ditemui di Luang Pho Jarun, Wat Ampawan di Kuil Buddha Singburi dekat Bangkok.

Menurut cerita rakyat Thailand, ia tumbuh di hutan yang disebut Himaphan. Berdasarkan cerita, Nariphon diciptakan untuk mengaburi maklhluk jahat yang cuba mengganggu keluarga dewa bernama Indra.

Indra menanam 12 pohon Nariphon untuk melindungi isterinya, Vessantara dan dua anaknya dari makhluk yang mengerikan itu.

Makhluk itu akan tertipu dan mengambil buah tersebut lalu bercinta dengannya. Akibatnya, mereka tertidur selama empat bulan dan kehilangan kesaktian.

Menurut mitos itu, selepas dewa tersebut meninggal dunia, pokok Nariphon terus menghasilkan buah aneh sampai sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.