Johor Maju Ke Depan Mengatasi P.Pinang Yang Dikuasai DAP

Lim Kit Siang baru-baru ini meminta Johor untuk menjadi negeri era baru DAP selepas Pulau Pinang.

Ini tidak menghairankan.

Apabila DAP mengambil alih, Pulau Pinang mengatasi Johor dalam banyak aspek.

Pulau Pinang berada di tangga teratas dalam pelaburan pada tahun 2010 dan 2011 tetapi pada tahun 2012, ia telah kalah kepada Johor yang telah menjadi negeri teratas untuk pelaburan sejak itu manakala Pulau Pinang turun naik antara tempat ke-3, tempat ke-4, tempat ke-5 dan tempat ke-6.

Ini juga dicerminkan dalam kadar KDNK per kapita negeri di mana Johor mencatat peningkatan 57.7% dari 2008 hingga 2015 berbanding Pulau Pinang pada 44.5%.

Pendapatan isi rumah median Pulau Pinang adalah lebih tinggi daripada Johor apabila DAP mengambil alih. Tetapi tidak lagi.

Pada tahun 2009, isi rumah di Pulau Pinang mempunyai pendapatan median RM3,200 sebulan berbanding RM2,958 di Johor.

Menjelang tahun 2014, Johor telah mendaftar pertumbuhan pendapatan isi rumah yang lebih cepat untuk mencapai RM5,197 sebulan dan telah mengatasi RM4,702 di Pulau Pinang.

Begitu juga dengan gaji purata rakyat Johor yang mengatasi Pulau Pinang pada tahun 2012.

Malah pada 2016, gaji purata Pulau Pinang adalah di bawah purata negara.

Memandangkan DAP mengambil alih dan tidak melakukan kerja yang baik ke atas Pulau Pinang berbanding dengan Johor – menyebabkan Pulau Pinang diatasi oleh Johor dalam hampir semua aspek, ini menyebabkan kita tertanya-tanya mengapa DAP mahu Johor untuk menggantikan Pulau Pinang.

Dan ditambah juga, Johor mungkin masih mempunyai lebih banyak tanah untuk dijual berbanding Pulau Pinang, yang telah diperah kering oleh DAP.

Pulau Pinang sudah hampir kering jadi DAP perlu beralih ke Johor.

Jadi berhati-hati, rakyat Johor – kerana anda juga mungkin boleh menjadi Pulau Pinang yang seterusnya.

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.