Gaji dan Bonus MB Selangor Sempena Aidilfitri Berjumlah RM803,250.00

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali menerima durian runtuh setelah beliau sendiri mengumumkan bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam seluruh negeri.

Azmin yang mempunyai 16 jawatan termasuk jawatan Menteri Besar, Exco kerajaan negeri, serta ADUN bergaji sekitar RM267,750 sebulan, lantaran itu gaji dan bonus diterima beliau sempena Aidilfitri berjumlah RM803,250.

“Pembayaran ini akan dibayar pada 21 Jun 2017 melibatkan RM63.3 juta untuk menghargai khidmat 17,703 anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat dibawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor,” kata Azmin.

Sedar atau tidak, sungguhpun Azmin mendakwa Selangor mampu untuk memberi bonus begitu tinggi kata blogger Beruang Biru, dana berkenaan sebenarnya adalah dana sama disalurkan oleh kerajaan pusat menerusi bantuan MARRIS sebanyak RM497 juta.

Ujarnya, Azmin cuba membuat perbandingan antara bonus kerajaan PKR Selangor dan bonus serta BR1M diberikan kerajaan pusat, namun sebenarnya menggunakan dana diberikan oleh kerajaan pusat yang sepatutnya digunakan untuk membaiki jalan rosak seluruh Selangor.

“Jalan di Selangor banyak yang berlubang. Kalau diturap pun, kualiti tar yang digunakan rendah. Dalam seminggu sahaja berlubang balik.

“Duit Marris ini ada diguna untuk baiki jalan atau bina jalan baru di Selangor? Atau duit Marris ini diguna bayar bonus dua bulan gaji?” soalnya.

Sungguhpun begitu, Beruang Biru menegaskan bahawa jumlah kakitangan awam Selangor hanyalah sejumlah kecil sahaja daripada bantuan yang disalurkan kerajaan Barisan Nasional seluruh negara.

“Jumlah 17,703 ini hanyalah 0.28% sahaja dari keseluruhan 6.8 juta penduduk Selangor. Berbanding dengan Kerajaan BN Pusat yang telah memberi BR1M berjumlah RM1200 kepada 1,066,359 juta orang di Selangor.

Selangor negeri paling teramai terima BR1M. Sejumlah 15.68% dari seluruh rakyat Selangor dan melibatkan peruntukan RM1.2 billion. Lebih berkali ganda lebih besar dari hanya RM63.3 juta yang diberi Azmin.

“Azmin menyindir kerajaan pusat kononnya hanya beri RM500 sahaja kepada penjawat awam. Jangan berlagaklah Azmin, jumlah keseluruhan peruntukan yang Dato Seri Najib beri kepada penjawat awam lebih besar. Jumlahnya, RM1 billion berbanding hanya RM63.3 juta.

“RM500 untuk 1.6 juta kakitangan awam dan RM250 untuk 743,000 orang pesara kerajaan. Jika dicampur jumlah rakyat yang mendapat BR1M di Selangor, kakitangan awam dan 743,000 pesara ini, jumlahnya sudah 3.4 juta orang. Lebih ramai dapat manfaat dari hanya 17,703 orang sahaja,” katanya lagi. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.