Gadis Dihina, Digelar Raksasa ‘Chipsmore’ Kini Jadi Popular

Seorang gadis yang memiliki tahi lalat di seluruh anggota badannya menjadi tular di media sosial.
 
Gadis kelahiran Sabah, Evita Patcey Edgar Delmundo, 20, memiliki keistimewaan itu sejak lahir.

Biarpun sebelum ini sering dipersendakan oleh rakan-rakannya sebagai raksasa ‘Chipsmore’,
Malah, dia tidak tidak berputus asa dan menganggap ejekan itu sebagai pembakar semangat untuk dia mengejar cita-cita sebagai model.
 
“Saya pernah menangis dan menyalahkan takdir kerana dilahirkan sebegini.
 
“Namun setelah masuk ke sekolah menengah, saya ada sahabat yang baik dan dari situlah saya mula yakin untuk berkawan dengan orang lain.
 
“Selain mendapat perhatian kerana memiliki wajah yang istimewa, saya juga turut dijadikan inspirasi kepada remaja lain yang memiliki kekurangan agar yakin dengan diri sendiri.
 
“Setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan. Jadi jangan tunjukkan kekurangan, sebaliknya tonjolkan kelebihan yang kita ada,” katanya seperti memetik Metro.
 
Dalam pada itu, selain mendapat perhatian netizen yang kagum dengan semangatnya, Evita juga telah dipilih sebagai sumber inspirasi kepada wanita oleh Malaysia Beauty Pagent Fan Club (MBPFC).
 
Sehubungan itu, menurut MBPFC, Evita akan menyeratai uji bakat pertandingan ratu cantik di Kota Kinabalu dan mereka akan memberi sokongan penuh kepadanya.
 
Evita yang kini memiliki 20 ribu pengikut di Instagram sering mendapat kata-kata semangat daripada pengikut dan rakan-rakannya selain mereka turut mengagumi keyakinan dan semangat Evita berdepan dengan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.