Lagu Baharu Fazura Kuasai iTunes Malaysia

KUALA LUMPUR –  Pelakon popular, Fazura kini meluaskan kariernya apabila menguasai carta iTunes Malaysia sejurus selepas ia dilancarkan hari ini.

Dua single yang diberi judul Bisa Apa dan Bangun menguasai dua tangga teratas carta iTunes Malaysia.

Menurut beliau, penerimaan peminat terhadap dua single terbarunya bukan sahaj mengembirakannya malah turut menyentuh hatinya.

 

“Alhamdulillah, lagu Bisa Apa berjaya menduduki tempat pertama selepas sejam dilancarkan manakala Bangun pula melonjak ke tangga kedua dari kedudukan keempat sebelum ini,” katanya kepada BH Online.

Menurut pelakon yang kini sedang popular dengan lakonannya dalam drama Hero Seorang Cinderella berkata, beliau menitiskan air mata sejurut mendapat tahu kejayaan dua single beliau.

“Air mata yang mengalir ini adalah tanda kegembiraan dan terima kasih diucapkan kepada semua peminat yang menyokong saya selama ini,” ujarnya.

Lagu Bisa Apa yang dirakamkan di Indonesia, Mac lalu dicipta Tantra Numata dan Mhala Numatra.

Manakala Bangun yang liriknya menceritakan mengenai sikap positif pula adalah nukilan komposer tempatan, Ilyahida.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.