Buang Basikal Dari Tingkat Atas, Remaja 14 Tahun Diberkas

SINGAPURA – Seorang remaja berusia 14 tahun diberkas kerana didakwa membuang sebuah basikal dari tingkat tinggi di Blok 116B Jalan Tenteram, pada Jumaat.

Menurut MediaCorp, kenyataan media yang dikeluarkan polis menyebutkan, remaja terbabit dipercayai terlibat dalam kes tindakan terburu-buru.

Sehubungan itu menurutnya, beberapa aduan sudahpun dibuat mengenai insiden yang melibatkan basikal tersebut pada Khamis.

Remaja berkenaan diberkas pada hari yang sama.

Dalam pada itu, siasatan terhadap suspek masih diteruskan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.