Dua Nelayan Sekinchan Selamat Kembali Ke Pangkuan Keluarga

SEKINCHAN – Penantian keluarga dua nelayan di pekan ini yang ditahan pihak berkuasa Indonesia Mac lepas, berakhir dengan penuh dramatik apabila mereka tiba di sini pukul 5.25 petang Khamis.

 

Chua Lee Teck, 45, dan Heng Chee Yong, 29, tiba di jeti Pandai Redang menaiki bot nelayan selepas dipindahkan daripada bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

 

Ketika menaiki bot APMM dua nelayan itu ditemani Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos yang menaiki bot nelayan menyambut mereka di tengah laut dan mengiringi mereka ke jeti.

 

nelayansekinchan1

 

Pada 4 Mac lepas, pihak berkuasa Indonesia menahan Lee Teck dan Chee Yong serta merampas dua kapal pukat tunda Zon B yang dinaiki mereka.

 

Pada Selasa, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pembebasan kedua-dua nelayan itu selepas Presiden Indonesia Joko Widodo menandatangani surat pengampunan mereka. – mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.