Warkah Terbuka Untuk DYAM Tunku Mahkota Johor

Oleh: Amin Yatim

 

 

Ampun Tunku beribu ampun jika warkah terbuka ini menimbulkan kermurkaan Tunku.

 

Apabila Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz mengingatkan Duli Yang Amat Mulia Tunku mengenai kedudukan Raja-Raja Melayu yang tidak sepatutnya campur dalam hal politik, Tunku menulis satu mesej panjang lebar kepada Rakyat Malaysia.

 

Pandangan Nazri “Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang. Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik,” sangatlah tepat dengan tradisi pentadbiran demokrasi raja berpelembagaan di Negara ini.

 

Tunku juga dengan penuh bangga mengisytiharkan Bangsa Johor, satu akronim yang sangat tidak masuk akal dan berunsur membentuk satu Negara dalam Negara.

 

Tunku memang mempunyai pandangan-pendangan kontroversi dan “hollier than thou” yang menarik ratusan ribu penyokong fanatik di media sosial.

 

Itu hak Tunkulah untuk mencari populariti secara demikian biarpun tidak lagi menghormati kerabat di raja yang lebih tua.

 

Namun apabila Tunku menyindir Perdana Menteri dengan menulis “bagaimana boleh diadakan suatu dialog bertajuk ‘Nothing2Hide’ dengan mengetengahkan seorang yang ingin menyembunyikan segala-galanya” ia sudah melebihi sempadan sepatutnya.

 

Perdana Menteri dan Polis mempunyai pertimbangan yang sewajarnya sama ada beliau perlu hadir atau tidak ke sesuatu program. Ia bukan hak tunku pun untuk menghina kepimpinan rakyat.

 

Memang Nazri menjawab kasar kepada Tunku. Ia sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan seperti mana tidak sewajarnya Tunku menulis sedemikian mengenai Perdana Menteri.

 

Dalam menjawab Nazri, Tunku menyatakan pandangan tersebut hanya menyuarakan pandangan rakyat.

 

Memang betul ada rakyat berpandangan sedemikian. Ada juga rakyat berpandangan dua pemimpin Melayu tidak sepatutnya hadir bergaduh dalam majlis terbuka sedemikian.

 

Namun, Tunku sebagai pemimpin besar Melayu di Johor seharusnya tahu adab, kesopanan dan kesusilaan antara pemimpin Melayu.

 

Jika Perdana Menteri tidak berpuas hati dengan perilaku Sultan dan kerabat, beliau ada Menteri Besar menyampaikan ketidakpuasan hati tersebut secara senyap dan tertib.

 

Bukankan Perdana Menteri sepatutnya mendapat layanan yang sama daripada institusi Di Raja?

 

Apabila adab dan kesopanan ini sudah dilanggar, akan ada yang melanggar kembali biar pun tanpa restu Perdana Menteri.

 

Tunku murka, terasa hati dan mula mengatur sokongan apabila ditegur oleh Nazri. Sebaliknya Perdana Menteri terpaksa mendiamkan diri dan merasai kesedihan sahaja apabila ada anak raja seperti Tunku menghina beliau kerana tidak mahu mengeruhkan hubungan dengan Istana.

 

Budaya apa yang hendak diterapkan?

 

 

Ampun Tunku beribu ampun,

 

Benar sekali Menteri bukan tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Demikian juga Tunku pun bukanlah nabi yang maksum.

 

Namun jika semua perkara hendak diperkatakan kepada umum sudah tentu institusi kesultanan Johor sendiri belum kekal seperti hari ini.

 

Hakikatnya, kerana taatnya UMNO kepada raja, banyak perkara dipendam dan didiamkan begitu sahaja, biarpun rakyat di bawah dan menteri-menteri Besar tahu apa yang berlaku.

 

Tidak salah Tunku memberi pandangan mengenai pentadbiran, namun menuduh Perdana Menteri mempunyai sesuatu yang hendak disembunyikan, ia bukan lagi pandangan pentadbiran tapi campur tangan politik. Ini merupakan satu penghinaan kepada institusi Perdana Menteri sendiri.

 

Jika Tunku tidak mahu dihina janganlah menghina rakyat biasa. Perdana Menteri hanya rakyat biasa yang tentu sukar menjawab balik sindiran dan hinaan Tunku.

 

Ingatlah kembali perjanjian Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun.

 

Sudah dua kali ia dilanggar mengakibatkan dua kali perubahan Perlembagaan Malaysia bagi mendefiniskan semula hubungan raja-raja Melayu dan Rakyat.

 

Jawapan biadap Nazri Aziz hanya bermula apabila Tunku sendiri melanggar persetujuan Demang Lebar Daun Dan Sang Sapurba.

 

Tunku sebagai waris kesultanan Melayu Johor belajarlah adab susila bangsa Melayu. Jangan rendahkan darjat Tunku dan Institusi Kesultanan dengan kenyataan-kenyataan di luar sempadan aura kesultanan.

 

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun.

 

 

Rakyat Marhaen
Amin Bin Yatim

 

 

 

 

Nota:

 

* Warkah terbuka ini dikirimkan kepada pihak Editorial dan  ini adalah merupakan pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan SuaraTV

16 thoughts on “Warkah Terbuka Untuk DYAM Tunku Mahkota Johor

  • June 17, 2015 at 1:43 am
    Permalink

    kpdp penulis, jgn cabar anak johor..

    Reply
  • June 17, 2015 at 8:28 am
    Permalink

    u sekarang ni sedar tak yang u jugak menegur kerabat secara terbuka. satu penghinaat kepada raja. apa motif u tulis ?? menimbulkan kemarahan orang ramai? atau usaha untuk mempengaruhi orang ramai mengutuk kerabat johor

    Reply
  • June 17, 2015 at 11:31 am
    Permalink

    Salam .. walaupun sy bukan anak johor .. tp saya sokong penuh campur tangan TMJ dalam menegur kepimpinan umno.bn yg macam taik ni. Ko ni siapa Amin? .. ko anak Yatim kan? .. baik sikit bro

    umno.bn bukan pilihan rakyat pun.. 47% undi adalah bercampur, rakyat + hantu + warga asing punya undi

    Terima kasih

    Reply
  • June 17, 2015 at 11:35 am
    Permalink

    HAH! .. nak publish comment pun waiting moderation … TOKSAH buat website la bro ..

    Reply
  • June 17, 2015 at 12:55 pm
    Permalink

    Bunyi seperti mengugut…(kerana taatnya UMNO kepada raja, banyak perkara dipendam dan didiamkan begitu sahaja, biarpun rakyat di bawah dan menteri-menteri Besar tahu apa yang berlaku).Sebelum keadaan mejadi lebih menjurus kepada membuka pekong didada..eloklah artikel ini didelete seberapa segera….

    Reply
  • June 17, 2015 at 2:33 pm
    Permalink

    Penulis sendiri pon bacul x berani nk tonjolkan identiti yg sebenarnya nampak sgt kroni PM dgn nazri kepada penulis kepala bapak kau lah…

    Reply
  • June 17, 2015 at 3:04 pm
    Permalink

    As salam…. jangan menegakkan benang yang basah, jangan menuding jari yang satu pada org lain sedang yang 3 menuding pada diri sendiri. Kalau x boleh di tegur jangan jadi Menteri, dah mmg Nazri tu biadap dengan Mahathir yang lebih usia pun dia x hormat. Dia tu sombong dan bongak baru jadi Menteri.

    Reply
  • June 17, 2015 at 10:36 pm
    Permalink

    Konon2 Nazri yg bebal ni yg menulis..atau Nazri sendiri yg menyamar Amin..

    Reply
  • June 18, 2015 at 2:03 am
    Permalink

    Tahniah satu pandangan yg bernas. hanya yg berakal waras sahaja yg akan faham dgn tulisan sdr, hujah sdr ada benarnya. apa yg sdr kata ada betulnya. kalau nak tahu makna tulisan sdr hanya perlu duduk di tengah tengah, tahniah sdr tahniah sdr

    Reply
  • June 18, 2015 at 1:26 pm
    Permalink

    penulis pemgampu umno!!!

    Reply
  • June 27, 2015 at 11:39 am
    Permalink

    Anak Raja patut ditegur, yg menyokong tmj ni rata rata tdk matang d x ikhlas .& drpd sudut politik sempit. Syabas Amin rakyat johor sentiasa bersama mu dan kerabat johor.

    Reply
  • June 4, 2016 at 7:10 am
    Permalink

    Jangan ditepuk air didulang
    Nanti terpercik ke muka sendiri
    Jangan dibuka aib orang
    Nanti terbuka aib sendiri

    Reply
  • June 7, 2016 at 12:21 pm
    Permalink

    Kalau melayu yg kurang ajar..cepat betul bertindak….tapi kalau cina atau india mnghina raja2 atau agama islam…apasal semua melayu diam..x brani ke..

    Reply
  • June 7, 2016 at 2:35 pm
    Permalink

    PEMAKAN DEDAK nak sound TMJ.. ko ni gila ke apa… xcukup lg makan tain BN

    Reply
  • June 10, 2016 at 6:44 pm
    Permalink

    TMJ adalah manusia biasa punya perasaan dan bertindak atas kebenaran…apakah harus dibiarkan yg mana sudah terang lagi bersuluh….tapi masih dibiarkan begitu saja
    Apakah oleh kerana sistem democrazy yg kufur maka benda yg salah masih dipertahankan…dimanakah keadilan atau nak tunggu sehinggah dipadang mahsyar…AllahuA’alam.

    Reply
  • June 14, 2016 at 1:35 pm
    Permalink

    Pemimpin tidak boleh tegur anak raja nanti dia merajuk mahu keluar daripada Malaysia.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.