Video: Gunung Sinabung Berapi Meletus, Ribuan Penduduk Larikan Diri

Jakarta – Beribu-ribu penduduk yang tinggal berdekatan gunung Sinabung di Indonesia terpaksa meninggalkan rumah mereka selepas ia mula meletus, lapor BBC.

 

Gunung Sinabung, yang terletak di pulau Sumatera, mula menjadi aktif pada 2010.

 

 

Sebelum 2010, gunung berapi itu tidak aktif lebih daripada 400 tahun.

 

Sekurang-kurangnya 3,000 penduduk yang tinggal berdekatan terpaksa meninggalkan tempat kediaman mereka, termasuk 1200 orang pada hari Isnin sahaja.

 

Ahli-ahli sains bimbang gunung berapi ini akan menjadi lebih bahaya pada minggu yang akan datang.

 

Dilaporkan juga terdapat tanda-tanda pertumbuhan lava di Gunung Sinabung.

 

Sekurang-kurangnya 14 orang maut apabila aliran piroklastik dari Gunung Sinabung melanda kampung pada bulan Februari tahun lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.