Netizen Tiru Aksi ‘Nasi Goreng Perancis’ Ahmad Maslan

Kuala Lumpur – Gambar aksi Ahmad Maslan bersama nasi goreng dengan hirisan timun dan cili di dalam kuali dijadikan bahan jenaka dan popular di Facebook apabila ada pengguna Facebook meniru aksi beliau.

 

Timbalan Menteri Kewangan itu sebelum ini mengulas kutukan pengguna laman sosial terhadap gambar makanannya itu.

 

“Memang saya buat hiasan begitu, apa boleh buat, memang saya suka begitu. Ada yang komen itu stail Perancis,” katanya.

 

 

Pengguna laman sosial mengkritik Ahmad Maslan kerana gambar itu hanyalah lakonan semata-mata berdasarkan hujah seperti botol penyembur serangga yang diletakkan sebelah dapur dan cili tidak dipotong dan masih bertangkai dijadikan hiasan

 

“Tahap kecerdikan dan maruah menteri perlu dijaga, apa untungnya Datuk buat mcm gini? Suka tgk jadi viral dan Datuk terus ‘polular’?

 

“Buat apa popular dan jadi viral kalau ianya menguris perasaan rakyat, kerajaan bukan sahaja kena bagus dan baik, malah kena dilihat bagus dan baik…fikir2kanlah,” komen Yusaini Ali.

 

“WoW.. I like DAM.. First time saya tengok orang goreng nasi dengan timun potong macam tu. Selalunya garnish/presentation atas pinggan,” komen Solden Alap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.