Lelaki Rendah Iman Punca Kontroversi Gimnas, Kata Rafidah Aziz

KUALA LUMPUR – Lelaki yang imannya rendah adalah punca kontroversi membabitkan ahli gimnas Farah Ann, kata bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz.

 

Beliau berkata wanita tidak pernah mengadu tentang pakaian yang dipakai oleh kaum lelaki walaupun ia menyakitkan mata yang memandang.

 

“Anda fikir lelaki kelihatan elok dalam seluar renang mereka? Pernahkah kita berleter tentang perkara itu walaupun apa yang mereka pakai tidak bersesuaian?

 

“Kami tidak peduli asalkan kemenangan dapat diraih untuk negara,” katanya dalam satu ceramah.

 

Beliau juga berkata ramai orang terlupa bahawa gimnas tersebut telah berusaha gigih untuk mengharumkan nama negara dan malangnya kebanyakan lelaki lebih tertarik kepada pakaian terutamanya pada bahagian yang tidak sepatutnya dipandang.

 

Rafidah berkata, “Segelintir lelaki memutuskan untuk memberi tumpuan kepada pakaiannya dan bahagian-bahagian yang salah. Mata mereka perlu dicungkil kerana sikap itulah yang sedang berleluasa sekarang,” disambut ketawa tetamu yang hadir.

 

Beliau berkata sesetengah lelaki hanya bersemangat untuk menafikan kelebihan kaum wanita dan menafikan kehebatan tersebut dengan mengutuk pakaian wanita tersebut.

 

“Kelemahan iman sesetengah kaum lelaki adalah penyebab masalah ini,” tegasnya. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.