Kerja Enam Jam Sahaja Sepanjang Ramadan

Bandar Sri Begawan – Kakitangan awam di Brunei hanya bekerja selama enam jam sehari sepanjang Ramadan ini dan tiga jam setengah pada Jumaat.

 

Waktu bekerja itu dikeluarkan menerusi Surat Pekeliling yang ditandatangani oleh Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri Brunei, Yahya Idris pada Isnin.

 

Menurut Pekeliling itu, pada Isnin sehingga Khamis, waktu bekerja bagi kakitangan awam ditetapkan jam 8 pagi dan pulang pada jam 2 petang.

 

Manakala pada hari Jumaat pula, operasi di pejabat awam bermula dari jam 8 pagi hingga 11.30 pagi.

 

Menurut Pekeliling itu, Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah telah memberi perkenan terhadap perkara itu.

 

Sementara itu, bagi pekerja-pekerja yang bergaji hari pula masa bekerja hendaklah dikurangkan selama satu jam dari waktu-waktu bekerja biasa dan penentuan memulakan kerja terserah kepada budi bicara kementerian dan jabatan masing- masing, kata Pekeliling itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.