Kerana Botol Arak: Peminat Nabila Huda Bergaduh

Nama pelakon Nabila Huda kembali menjadi bualan hangat pengguna media sosial sehingga mencetuskan pergaduhan sesama pengikutnya ekoran sekeping gambar yang dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya.

 

Foto tersebut menunjukkan Nabila bersama dua lelaki dan salah seorangnya ialah pengacara TV dan pelakon popular berdarah kacukan Switzerland dan Cina, Max Loong.

 

Difahamkan, Nabila mendapat undangan sempena pembukaan resort Max yang diberi nama Hidden Hills Villas di Uluwatu, Bali, Indonesia, baru-baru ini.

 

Namun, apa yang menjadi bualan panas sehingga tercetusnya pergaduhan sesama peminat apabila dua lelaki tersebut kelihatan memengang segelas minuman keras lantas ada komen mendakwa Nabila juga tidak mustahil turut memengangnya.

 

Bagaimanapun, rata-rata pengikutnya mempertahankan maruah pelakon drama Antidoks itu.

 

Tidak mahu ruang Instagramnya terus menjadi medan peperangan, Nabila menerusi komennya berpesan kepada peminatnya agar bertenang dan berhenti bertekak sesama sendiri.

 

“Tak suka saya jangan follow. Simple. Dosa dan pahala kan ditentukan oleh Allah SWT. Tak kisah la macamana jahat dan teruknya saya di mata anda, yang berhak nilai saya adalah dia,” tulisnya.

 

Nabila juga menegaskan bahawa dia tidak memegang minuman keras tersebut sebaliknya ia dipegang oleh rakan-rakannya itu.

 

Anak kepada penyanyi rock terkenal, Amy Search, ini juga menyatakan dia sentiasa memaafkan mereka yang selalu melemparkan kritikan terhadap dirinya.

 

Nabila Huda 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.