Hubungan Siti Hasmah – Rosmah Tetap Baik

Kuala Lumpur – Hubungan baik Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Datin Seri Rosmah Mansor tidak terjejas walaupun suami masing-masing ‘berperang’ antara satu sama lain.

 

Ini terbukti apabila Siti Hasmah dan Rosmah bergotong royong membungkus makanan untuk diagihkan kepada anggota pasukan keselamatan yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri.

 

Acara tahunan itu dianjurkan oleh Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) di Bangunan Bakti Siti Hasmah di TTDI.

 

Sebanyak 49,500 bungkusan berjaya disediakan pada majlis berkenaan dengan kandungan juadah iaitu, kuah kacang, rendang daging, sambal ikan bilis dan nasi himpit.

 

Bungkusan itu akan mula diedarkan pada 22 Jun ini.

 

Kedua-duanya kelihatan mesra dan seolah-olah langsung tidak terganggu dengan krisis antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

Hubungan baik antara Siti Hasmah dan Rosmah telah lama terjalin malah hubungan mereka berdua sangat erat kerana meminati sukan yang yang sama – badminton.

 

Gambar kemesraan mereka berdua yang turut disertai isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, dimuat naik di Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dikongsi ramai pengguna lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.