Fouziah Tak Tertekan Foto Mesra Bersama Suami Dikritik

Pelakon Fouziah Gous walaupun menerima pelbagai kritikan ekoran tindakannya memuat naik foto-foto mesra bersama suami di Instagram namun dia tidak menyekat akaun atau membuang komen-komen individu yang mengkritiknya.

 

Memetik laporan mStar online, Fouziah, 32, berkata, dia tidak tertekan dengan komen-komen negatif yang dilemparkan terutamanya apabila melibatkan foto-foto bersama suami, sebaliknya lebih bersikap positif dengan perkara itu.

 

“Saya tidak mengambil peduli pun jika ada pihak yang komen buruk di Instagram saya.

 

“Malah saya tidak block atau delete komen-komen mereka. Bagi saya, tiada yang buruk pun dimuat naik dalam Instagram melainkan foto-foto aktiviti harian dan bersama suami.

 

“Ia bukan satu isu. Sedangkan Rasulullah pun dikecam, apatah lagi saya yang serba kekurangan ini,” katanya yang kini hamil tiga bulan.

 

Dalam pada itu, tambah pengacara Nona ini lagi, memuat naik foto mesra bersama suami di Instagram juga adalah salah satu cara untuknya mengekspresikan rasa cinta terhadap suaminya itu menerusi kapsyen-kapsyen romantis.

 

Fouziah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Zhafran Yusof, 32, pada 22 September 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.