Erma Ada Sebab Tersendiri Untuk Bercerai – Umie Aida

Aktres Datin Seri Umie Aida, 42, berharap kakaknya, Erma Fatima dapat mempertahankan rumah tangganya bersama pengarah, Bade Azmi dan menyelesaikan konflik di antara mereka dengan baik.

 

Menurut Umie, sebagai adik dia sentiasa memberikan kata-kata positif kepada Erma setiap kali dia  meluahkan perasaan berhubung masalah yang sedang dihadapinya.

 

“Erma dan Bade sudah berkahwin selama 25 tahun dan saya sentiasa beritahu kakak saya supaya pertahankan rumah tangganya.

 

Dia ada memberitahu masalahnya kepada saya tetapi tidak pernah sekali pun saya memberikan kata-kata negatif sebaliknya yakin ada jalan untuk menyelamatkan perkahwinan mereka,” katanya seperti yang dilaporkan mStar Online.

 

Katanya lagi, dia yakin Erma membuat keputusan tersebut selepas berfikir semasak-masaknya dan ia bukan tindakan mudah.

 

“Mengenali Erma sebagai kakak dia bukan seorang yang mudah buat keputusan dan akan mengambil masa berfikir sebelum menyatakan sesuatu.

 

“Saya yakin tindakannya memfailkan permohonan cerai itu bukan sesuatu yang mudah buatnya dan pasti dia ada sebab tersendiri,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.