Video: DAP Isytihar Pakatan Rakyat Sudah Berkubur

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pusat DAP yang bermesyuarat malam tadi memutuskan Pakatan Rakyat sudah tidak lagi wujud.

 

Dalam kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Pakatan Rakyat ditubuhkan pada 1 April 2008 sebagai respon bersama oleh DAP, PKR dan PAS untuk memenuhi aspirasi rakyat yang ingin melihat perubahan politik di Malaysia berikutan tsunami pilihan raya umum pada 8 Mac, 2008.

 

“Ia mendorong pimpinan DAP, PKR dan PAS untuk membentuk Pakatan Rakyat dengan beberapa prinsip yang dikongsi bersama,” katanya.

 

“Namun, ekoran beberapa insiden sepanjang tahun lalu, termasuk krisis Menteri Besar Selangor, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabuli keputusan yang telah dicapai di peringkat Majlis Pimpinan mengakibatkan muafakat sedia ada hampir lumpuh.

 

“Keadaan Pakatan Rakyat yang hampir lumpuh ini direncatkan lagi dengan kerelaan Abdul Hadi membentuk sebuah kerajaan perpaduan bersama Umno serta sokongan beliau terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” katanya. – Awani

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.