Bintang filem Twilight, Kristen Stewart Jalin Hubungan Lesbian

Selepas dunia Hollywood kecoh dengan pendedahan bekas ratu Disney, Miley Cyrus, baru-baru ini mengakui dirinya biseksual, terkini satu lagu berita yang menjadi viral sejak minggu lalu mengenai seorang lagi selebriti pujaan didakwa menjalinkan hubungan sejenis.

 

Selebriti yang dimaksudkan ialah bintang filem Twilight, Kristen Stewart, dilaporkan kini sedang hangat menjalinkan hubungan bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Alicia Cargile yang turut merupakan pembantu peribadinya.

 

Menerusi laporan The Mirror, hal itu disahkan sendiri oleh ibunya, Jules menerusi satu kenyataan menyatakan rasa gembira dengan hubungan tersebut

 

Katanya, sebagai ibu, dia menerima sesiapa sahaja kekasih anaknya sama ada bersama lelaki atau perempuan kerana setiap orang bebas membuat pilihan.

 

“Kenapa tidak boleh terima dia mempunyai teman wanita? Dia gembira. Saya telah bertemu dengan teman wanitanya dan saya sukakannya,” jelas Jules.

 

Stewart sebelum ini menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Robert Pattinson sehingga mereka pernah digelar peminat sebagai, pasangan kekasih paling ideal abad ini.

 

Namun, ia berakhir selepas aktres itu berlaku curang dengan pengarah filem Rupert Sanders ketika sedang membintangi filem Snow White pada 2012.

 

Stewart juga pernah membintangi filem biografi yang mengangkat kisah hubungan lesbian menerusi filem The Runways.

 

Dalam filem tersebut dia menghidupkan watak gitaris terkenal Joen Jett dan berpasangan dengan Currie lakonan aktres hebat, Dakota Fanning.

 

Bagaimanapun laporan terkini media antarabangsa menyebut, Jules menafikan yang dia membongkarkan rahsia bahawa anaknya adalah sebebnarnya golongan LGBT.

 

Menurut Jules, dia memang ditemubual oleh wartawan bernama Sharon Feinstein dan bercakap mengenai filemnya dan tidak pernah bercakap langsung mengenai hubungan cinta anaknya.

 

“Saya bercakap dengan Sharon Feinstein tentang filem saya, K-11, yang telah dipamerkan di Muzium Hollywood. Ketika itu ada banner LGBT di tingkat tiga.

 

“Beliau juga bertanya kepada saya mengenai pandangan saya tentang hak-hak gay, dan teruja memberikan pendapat saya.

 

“Kemudian kami berbincang secara ringkas mengenai kutipan derma yang saya lakukan menerusi TheWolfConnection.org. Kami langsung tidak membincangkan tentang Kristen!,” tuturnya.

 

Sementara itu, wartawan Sharon Feinstein menerusi laman Twitternya, memuat naik status memberitahu dia masih menyimpan rakaman temubual bersama Jules dan bersedia untuk mendedahkan audio temubual tersebut sekaligus mempertahankan laporan yang ditulisnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.