Abang ‘Sado’ Ragbi Mengamuk, 12 Cedera Di Melaka

Kuala Lumpur – Pertandingan akhir ragbi Piala Crescent di Padang Politeknik Merlimau Melaka bertukar menjadi ganas apabila pemain Malaysia dan penyokong diserang oleh pasukan ragbi Algeria.

 

Dalam kejadian pada Ahad baru-baru ini, 12 pemain ragbi negara dikejarkan ke Hospital Besar Melaka kerana cedera dibelasah.

 

Dalam pertandingan itu, pasukan Malaysia muncul juara dengan keputusan 19-11, walaupun permainan berbaki dua minit sebelum tamat.

 

Berang dengan pengadil yang didakwa lebih memihak kepada pasukan Malaysia, pemain Algeria mengamuk dan membelasah pemain Malaysia, penyokong dan menyerang pentas VIP.

 

Amukan pemain Algeria itu menyebabkan dua pemain negara iaitu Mohd Razmi Rozan patah jari tangan kiri manakala Abu Hurairah Tahir patah gigi.

 

Laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Merlimau dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.