Perjuangan hak Sabah bukan milik mutlak parti tempatan saja – Salleh Said Keruak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Usaha menuntut hak Sabah bukan perjuangan eksklusif mana-mana pihak tertentu.

Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata demikian mengulas seruan kerajaan negeri diterajui oleh parti-parti tempatan.

Bendahari Umno Sabah itu berkata wujud anggapan bahawa hanya parti tempatan yang berhak bersuara mengenai hak Sabah.

“Sebenarnya, perjuangan ini milik semua rakyat Sabah bukan hak mutlak mana-mana parti,” kata Salleh ketika merasmikan mesyuarat Umno Lahad Datu.

Beliau menjelaskan parti tempatan atau nasional hanyalah wadah perjuangan namun paling penting keikhlasan dan kemampuan pemimpin membawa suara Sabah ke peringkat lebih tinggi.

“Memang ada parti seperti Warisan, PBS, STAR dan PGRS yang fokus pada isu negeri. Tetapi kita jangan lupa, parti seperti Upko dan PBRS juga parti tempatan yang memilih menyertai gabungan nasional demi menjamin suara Sabah lebih didengari di peringkat pusat,” katanya lapor FMT

“Apa yang rakyat Sabah mahukan hari ini bukan soal siapa lebih ‘Sabah’ atau lebih ‘tempatan’.

“Paling penting siapa benar-benar ikhlas, stabil dan mampu melaksanakan janji,” katanya.

Minggu lalu, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor berkata pihaknya akan bertanding secara solo pada PRN sekiranya Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) telah memuktamadkan pakatan pilihan raya mereka.

Beliau berkata parti-parti tempatan Sabah seharusnya menjadi tulang belakang dan peneraju kerajaan negeri.

Namun, Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau optimis bahawa ketiga-tiga gabungan akan dapat mencapai kata sepakat bagi menghadapi PRN itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat