Bukan Rafizi seorang jeneral perang PH – Khalid Samad

- Advertisement -

PETALING JAYA, – Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad, menegur kenyataan segelintir pihak yang menurutnya memberikan gambaran seolah-olah Rafizi Ramli merupakan satu-satunya individu yang bertanggungjawab membawa kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH) dan PKR.

Menurut Khalid, pendekatan memuja individu dalam dunia politik adalah tidak sihat dan perlu dikurangkan kerana kejayaan sesebuah parti adalah hasil kerjasama ramai pihak termasuk jentera akar umbi.

“Kalau jeneral hebat pun, kalau askar tak berlawan, tetap kalah juga. Kita tak mahu suasana politik yang mendewakan seseorang secara berlebihan,” katanya dalam podcast Explain Sikit, Kini! terbitan Malaysiakini.

Khalid menambah bahawa banyak pihak termasuk badan kajian seperti Merdeka Center dan Ilham Center turut membuat analisis berkaitan penurunan sokongan pengundi Melayu terhadap PH bukan hanya Rafizi.

“Kita akui Rafizi banyak sumbangan, tapi janganlah berlebihan. Bukan dia saja yang ada data atau analisa. Banyak pihak lain pun terlibat,” tegasnya.

Khalid turut menyentuh ramalan silap Rafizi pada Pilihan Raya Umum ke-14 bahawa PAS akan kalah di Kelantan dan Terengganu serta PKR tewas di Shah Alam.

Beliau turut memberi peringatan bahawa kenyataan keterlaluan seperti itu boleh menimbulkan perpecahan dalam parti.

“Saya maklumkan bahawa naratif ‘team A lawan team B’ ini berisiko menyebabkan kebencian terhadap tokoh-tokoh utama parti seperti Anwar Ibrahim sendiri,” katanya.

Sebagai penyelesaian, beliau mencadangkan supaya pertandingan dalaman parti disertai lebih ramai calon supaya tidak wujud paksi berpuak-puak yang tajam dalam kalangan ahli.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat