“Malangnya Najib” – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi menganggap kenyataan terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkait tahanan rumah Datuk Seri Najib sebagai ‘alasan baru’ yang dicipta .

Puad malah tidak menolak kemungkinan, Najib akan dibiar dipenjara sehingga Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU-17) bahkan PRU-18 selesai.

“Bloomberg melaporkan Anwar akan menasihatkan supaya tahanan dalam rumah untuk Najib hanya dipertimbangkan selepas kes 1MDB selesai.

“Kalau berita itu tepat bermakna ini alasan baru. Sebelum ini dikatakan Titah Adendum YDP Agong ke-16 dibuat di luar Mesyuarat Lembaga Pengampunan.

“Sudah pasti rakyat akan tuduh PMX tidak mahu tahanan dalam rumah untuk Najib dilaksanakan walaupun titah adendum itu wujud dan benar.

“Selepas ini akan ada lagi alasan lain digunakan. Tunggu selesai kes saman 1MDB, kes saman SRC, kes tunggakan LHDN RM1.6 Bilion dan lain lain. Biar Najib tunggu PRU 17-18 selesai,” bidas Puad yang juga Speaker DUN Johor di Facebooknya.

Beliau malah membangkitkan persoalan, “apa jadi kalau kenyataan ini dibuat sebelum hari mengundi PRK Kuala Kubu Baharu yang lalu? Pengundi Umno sahaja yang tahu”.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat