Penyokong Berkumpul Seawal Jam 8 Pagi Tunggu Anwar Dibebaskan

KUALA LUMPUR – “Mak cik bersama empat jiran sampai di sini seawal jam 8 pagi tadi untuk menunggu Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan, hari ini. Detik ini paling ditunggu-tunggu semua penyokong selepas bertahun kami berjuang dengan PKR.”

Warga emas, Rosnah Marto, 79, dari Perumahan Awam Sri Melaka di sini yang cukup bersemangat itu ialah antara puluhan penyokong terawal berkumpul di Hospital Rehabilitasi Cheras sempena pembebasan Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) dijadualkan hari ini.

Beliau berkata, ramai rakannya daripada PKR Cabang Bandar Tun Razak turut hadir untuk bersama-sama meraikan detik itu.

Walaupun terpaksa berpanas kerana penyokong tidak dibenarkan memasuki kawasan hospital, katanya, mereka tetap sabar menunggu.

“Kami teruja menunggu beliau dibebaskan,” katanya.

Sementara itu, Khalijah Othman, 74, berkata beliau gembira kerana akhirnya Anwar dibebaskan.

“Pembebasan beliau sehari sebelum menyambut Ramadan adalah satu berita menggembirakan untuk semua,” katanya. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.