Anwar Dijangka Menghadap Yang Di Pertuan Agong Tengahari Ini – Azmin

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan menerima menghadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara pukul 12.30 tengah hari ini.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau telah menerima surat daripada Seri Paduka mengenai kesudian Baginda menerima menghadap Anwar di Istana Negara.

“Pada 12.30 tengah hari nanti saya sendiri dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serta Anwar akan menghadap Sultan Muhammad V di Istana Negara. Ia selepas Anwar mendapat pengampunan.

“Surat telah saya terima dan kami akan bergerak pada pukul 11.30 pagi dari sini,” katanya ringkas kepada media ketika ditemui di Hospital Rehabilitasi Cheras di sini sebentar tadi. – Kosmo!

One thought on “Anwar Dijangka Menghadap Yang Di Pertuan Agong Tengahari Ini – Azmin

  • May 16, 2018 at 1:31 pm
    Permalink

    Sungguh mudah mendapat keampunan..
    Walaupun menghormati keputusan mulia dymm agonh.. cuma..
    Agak musykil di situ..
    Adakah dymm agong ada buat perjanjian lain utk ini?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.