Anwar Dibebaskan Dengan Pengampunan Penuh Dari Agong

KUALA LUMPUR – Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan serta merta setelah Yang Di Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan memberi pengampunan penuh.

Memetik kenyataan media Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz pengampunan tersebut selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Dengan pengampunan penuh ini, bermakna Anwar dibebaskan tiga minggu lebih awal dari tarikh tamat hukuman 8 Jun 2018 yang ditetapkan Jabatan Penjara Malaysia sebelum ini.

Pengampunan penuh ini juga membolehkan Anwar kembali aktif dalam politik serta merta. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.