AMANAH Serah 3 Nama Dari Pemimpin Tertinggi

 

Tiga nama dari Parti Amanah Negara (AMANAH) yang dicadangkan untuk dipertimbangkan bagi jawatan menteri Kabinet adalah pemimpin tertinggi parti itu, kata presidennya Mohamad Sabu.

Beliau berkata senarai nama itu dihantar semalam kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kini terpulang kepada budi bicara beliau untuk memutuskan mereka berada di kementerian mana.

“Perdana menteri minta senarai tiga nama dari parti AMANAH (bagi mengisi jawatan menteri) dan saya telah serahkan semalam.

“Senarai itu merangkumi pemimpin tertinggi parti AMANAH selepas ranking saya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran dan penghargaan jentera Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 Parlimen Kota Raja di Shah Alam, Selangor malam ini.

Sabtu lepas, Dr Mahathir menamakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Dalam Negeri, dan Mohamad Menteri Pertahanan.- Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.