Bayi Ini Ditanam Hidup-Hidup, Nasib Baik Dia Selamatkan Oleh Seekor Anjing

Bayi ini telah ditanam hidup hidup di dalam semak, nasib baik seekor anjing telah menggali lubang itu dan menyelamatkan bayi malang berkenaan.

Anjing itu dikatakan berbuat demikian selepas menghidu bau bayi yang berusia sebulan itu. Kejadian berlaku di China.

Ketika itu, tuan anjing berkenaan, Yan Jiali sedang mencari anjingnya apabila dia melihat binatang berkenaan di dalam semak.

“Anjing saya cuba menggali lubang itu dan kemudian saya melihat seorang bayi terbaring di dalam lubang berkenaan. Dia dibalut dengan kain putih,” kata Yang.

Bayi terbabit telah dibawa ke klinik di bandar Wutan dan menurut dokor, ketika dibawa ke situ, suhu badannya menurun dan kadar denyutan jantung juga perlahan.

“Mulutnya penuh dengan tanah. Dia kemudian dipindahkan ke hospital,” kata Dr. An.

Meskipun bayi itu tidak lagi berada dalam keadaan bahaya namun dia memerlukan tempoh masa yang panjang untuk sembuh.

Polis percaya bayi itu dikebumikan kerana keluarganya menyangka dia sudah meninggal dunia. Pihak berkuasa kini sedang mengesan anggota keluarganya.

One thought on “Bayi Ini Ditanam Hidup-Hidup, Nasib Baik Dia Selamatkan Oleh Seekor Anjing

  • January 4, 2019 at 1:32 pm
    Permalink

    Alhamdulillah..anjing yg selamatkan bayi itu?? Maha suci allah..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!