Sumber Dalaman Nafi Dakwaan Pandikar Letak Jawatan

Sumber dalaman menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah meletakkan jawatannya.

 

Malah beliau terkejut apabila beberapa wakil media yang menghubunginya untuk mendapatkan pengesahan berkenaan kenyataan yang dibuat mantan perdana menteri itu.

 

Beliau berkata Pandikar dijangka akan melaporkan diri ke Parlimen pada Isnin seperti biasa.

 

Pandikar dijangka menjadi saksi bagi majlis angkat sumpah Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Wan Azizah Ismail pada Isnin.

 

Turut menafikan perkara itu adalah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

 

Menurut laporan The Star Online, Ronald berkata berita peletakkan jawatan Pandikar telah diulangi sejak sesi Palimen yang lepas berakhir pada 9 April.

 

Ronald berkata berita itu hanyalah spekulasi semata-mata kerana beliau telah berjumpa dengan Pandikar hanya beberapa hari lepas dan beliau tidak berkata apa-apa mengenai perkara itu.

 

Ronald menambah semasa sesi Parlimen yang lepas, soal peletakan jawatannya muncul tetapi beliau bercuti rasmi pada ketika itu dan beliau hadir pada sesi Parlimen selepas itu.

 

Hari ini, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa Pandikar Amin Mulia telah melepaskan jawatanya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

 

Dr Mahathir mendakwa Pandikar datang berjumpanya dan berkata tidak mahu meneruskan kerjanya lagi. Dr Mahathir menambah tugasnya sekarang disandang oleh timbalannya. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.