Video : Ahli PKR Mengamuk Depan Anwar, Dakwa Khalid Ibrahim Rasuah Dan Penipu

Petaling Jaya – Kekeohan tercetus seketika di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini apabila seorang anggota parti dari cabang Kuala Selangor mengamuk dan melemparkan pelbagai tuduhan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Lelaki berkenaan yang kemudiannya dikenali sebagai Zulkifli Abdullah itu menuduh Khalid mengamalkan rasuah dan seorang penipu serta berikrar akan menjatuhkannya.

Paling menarik ketika kejadian Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjalan bersebelahan Khalid cuba mententeramkan ahli partinya itu namun langsung tidak diendahkan.

Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diinggini berlaku, Zulkifli kemudiannya ditarik ke tepi sambil ditenteramkan oleh orang ramai.

Zulkifli dikatakan hadir bersama bekas Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam yang digantung keahliannya kerana membawa aduan bahawa Khalid terbabit dalam politik wang kepada media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.