Shila Amzah Dikaitkan Dengan Bekas Calon Angkasawan

PETALING JAYA: Nama penyanyi Shila Amzah ketika ini hangat diperkatakan kononnya dia sedang bercinta dengan bekas calon angkasawan program AXE-Tronaut 2013 iaitu Adam Tun Tuah.

Shila dan Adam dikatakan sedang berkawan rapat.
Shila dan Adam dikatakan sedang berkawan rapat.



Shila, 24, dilaporkan telah memuat naik sekeping gambarnya bersama seorang lelaki dipercayai Adam dengan wajah pemuda itu ditutup termasuk gambaran kata-kata pada kapsyen kononnya sedang bersahabat dengan individu itu. 


Ia menarik perhatian peminat untuk mengetahui kesahihan sama ada mereka bercinta atau pun tidak.

 

Identiti lelaki berkenaan mula tersebar apabila Adam turut memuat naik gambar mereka di laman Instagram miliknya.

Sumber memberitahu, kedua-dua mereka berkawan rapat dan pernah beberapa kali bertemu terutamanya semasa perjumpaan ahli kelab peminat Shila ketika wanita berkenaan pulang ke tanah air dari China. 

Usaha mStar Online  untuk mendapatkan komen Shila mengenai khabar terbaharu itu bagaimanapun tidak berjaya kerana dia kini berada di Shanghai, China, untuk urusan berkaitan seninya.

Gambar mesra Adam dan Shila di laman Instagram.
Gambar mesra Adam dan Shila di laman Instagram.

 

Shila sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Sharnaaz Ahmad sebelum dikaitkan berkawan rapat dengan Johan As’ari.

Manakala Adam sebelum ini pernah menjadi lima peserta terbaik program The Malaysian AXE-tronautyang akan mewakili negara ke Akademi Angkasa AXE Apollo yang berpangkalan di Orlando, Florida, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun dia tewas kepada peserta wanita, Roshini Muniam dalam misi pencarian bakal angkasawan itu.

Adam pula mengelak untuk memberi sebarang komen berhubung gosip terbaharu berkenaan.mStar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.